Tuesday, 13 December 2011

Utama


Perkhidmatan Pergigian kami bermula pada bulan September 2000, di Unit Kemalangan & Kecemasan, Hospital USM, dengan memberi tumpuan kepada staf Kampus Kesihatan dan juga tanggungan. Perkhidmatan pergigian merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital USM. Perkhidmatan yang bermula dengan hanya 2 Unit Kerusi Pergigian, dengan kira-kira 20 pesakit setiap hari.

Pada bulan Disember 2002, kami berpindah ke bangunan baru  dan di sini kami menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan pergigian yang diberikan oleh Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian, Pelajar Pergigian, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian & Perubatan, Juru X-Ray, Pembantu Pembedahan Pergigian Atendan Perubatan. Bilangan pesakit yang dilihat dan dirawat pada masa ini adalah dianggarkan 9-50 pesakit setiap hari.

Dewan Bedah Maksilofasial (OT) mula beroperasi pada 26 Disember 200 dengan 4 kes yang dilakukan di bawah bius setempat. Sekarang kita mempunyai kes-kes di bawah Genaral Anaesthesia (GA) yang dilakukan di sini.

Selain daripada ini, kita juga mempunyai Klinik Pergigian satelit yang kini sudah mula beroperasi sepenuhnya, klinik pergigian satelit ini terletak di Kompleks IPPT (Institut Perubatan & Pergigian Termaju), HUSM.