Perkhidmatan kami


PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

Klinik Rawatan Keluarga Pergigian (KRK-G)

Di klinik rawatan keluarga pergigian (KRK-G), rawatan pergigian dan saringan pergigian diberikan kepada pesakit luar dewasa oleh Pegawai Pergigian.Rawatan dan saringan diberikan kepada pesakit pada setiap hari (pagi sahaja) kecuali hari khamis. Pada pagi Khamis, Pegawai Pergigian akan merawat kes-kes temujanji sahaja.
Mana-mana kes kecemasan yang dirujuk akan dilihat oleh Pegawai Pergigian dalam yang bertugas atas panggilan dalam waktu bekerja (incharge)
Semasa pemeriksaan,jika rawatan sesuai untuk pelajar,maka nama pesakit akan diletakkan dalam senarai menunggu pelajar yang akan diuruskan oleh pelajar-pelajar pergigian.

Klinik Pergigian Kanak-Kanak

Pemeriksaan dan rawatan pergigian disediakan untuk pesakit yang berumur 17 tahun dan kebawah. Rawatan pergigian di sini akan dilakukan oleh Jururawat Pergigian.
Kes-kes yang sesuai akan diletakkan dalam senarai menunggu pelajar yang akan dirawat oleh pelajar-pelajar pergigian.

Klinik Pakar Pergigian (KPP-G)

Pesakit dirujuk sama ada oleh klinik pergigian / perubatan, Hospital USM atau dari hospital / klinik kerajaan atau swasta. 
Pesakit akan diberikan temujanji dan akan diperiksa dan dirawat oleh pakar pergigian dalam pelbagai bidang iaitu :
  • ·        Maksilofasial & Pembedahan Mulut
  • ·        Periodontik
  • ·        Ortodontik
  • ·        Prostodontik
  • ·        Konservatif / Endodontik
  • ·        Pediatrik Pergigian
  • ·        Komuniti Pergigian
  • ·        Perubatan Mulut  / Oral Pathologi
  • ·        Gabungan Khas 


Klinik Pembelajaran

Klinik Pembelajaran adalah klinik di mana pelajar-pelajar pergigian memeriksa dan merawat pesakit mereka dengan temujanji. Setiap pelajar akan diselia oleh pensyarah-pensyarah pergigian  yang berpengalaman .
Terdapat  empat buah klinik pembelajaran iaitu :

· Poliklinik 5
· Poliklinik 6
· Poliklinik 7
· Poliklinik 8

Klinik Pergigian Satelit

Klinik Pergigian Satelit merupakan klinik untuk pelajar-pelajar lepasan ijazah merawat & memeriksa pesakit.


PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK

Perkhidmatan Pergigian Bergerak bermula pada bulan Oktober 2001 dan dikendalikan oleh kakitangan klinik pergigian. Kelebihan utama klinik bergerak terletak pada keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan pergigian yang berteknologi tinggi  untuk pesakit yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian mudah alih terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut:

Program komuniti akademik
- Latihan pelajar pergigian dalam perkhidmatan pergigian masyarakat
- Kesedaran Komuniti  dan promosi kesihatan oral

Perkhidmatan pergigian atas permintaan daripada pelbagai agensi
- Pemeriksaan dan rawatan Pergigian

Penyelidikan
- Kaji selidik kesihatan pergigian
- Saringan penyakit pergigian
- Kaji selidik Craniofacial penduduk


DEWAN BEDAH MAKSILOFASIAL (OT PPSG)

Dirasmikan oleh pengarah Hospital USM pada 1 januari 2008. Memulakan perkhidmatan pada 26 Disember 2007. Pada mulanya hanya kes-kes yang melibatkan bius setempat (LA) yang dilakukan di sini, tetapi kini kes-kes di bawah bius total (GA) juga dilakukan di sini dengan sokongan dari jabatan Anaesthesia.